Saturday, February 27, 2010

SIPNOSIS

SIPNOSIS TERLALU CINTA

 

Kematian Haleeda yang disebabkan kemalangan jalan raya benar-benar memberikan impak yang besar pada Datin Zaheeda. Datin Zaheeda tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya yang bongsu itu sudah pergi meninggalkannya. Dia ingin membalas dendam ke atas kematian anaknya pada orang yang bertanggungjawab.

Rancangan bermula apabila Datin Zaheeda memaksa anak lelakinya, Haiqal memikat anak perempuan kepada orang yang telah menyebabkan kematian anaknya, Datin Zainab. Haiqal dipaksa memikat Farah dan mempermainkan hati gadis yang tidak bersalah itu. Datin Zaheeda inginkan Datin Zainab merasa bagaimana rasanya kehilangan seorang anak perempuan.

Farah yang kebetulan rakan sekelas Haiqal memudahkan rancangannya yang ingin membalas dendam di atas kematian adik perempuannya. Tanpa disangka, rupa-rupanya Farah mempunyai masalah dengan lelaki!

Farah yang tidak pemah bercinta sebelum ini, takut untuk bercinta hanya kerana takut hatinya akan dilukai. Haiqal bertambah geram apabila Farah telah menolak cinta palsunya itu hanya semata-mata ingin menumpukan perhatiannya pada peperiksaan STPM!

Apa yang terjadi seterusnya apabila Haiqal benar-benar jatuh cinta pada Farah dan termasuk ke dalam perangkapnya sendiri? Apa yang terjadi dengan rancangan ibunya yang ingin membalas dendam dengan             Datin Zainab? Siapakah Adam yang tiba-tiba muncul di antara Farah dan Haiqal di saat mereka baru sahaja ingin mengecapi nikmat bahagia? Apa yang terjadi apabila Farah mengetahui tentang rancangan Haiqal itu? Ketahuilah jawapannya di dalam novel TERLALU CINTA…

 

 

No comments:

Post a Comment